Dah makan merata tempat, mesti lah rasa nak buat senaman sikit kan? Kali ini special sebab awal pagi lagi Bella bersama Abah buat senaman aerobik dengan makcik-makcik di Taman Rimba.

Lepas itu, terus terjah ke port tepi Hospital Alor Setar iaitu Roti Canai Didie. Sekali tengok, ada pula Roti Canai Sotong Special dengan Telur Goyang. Sedap taktau nak habaq, tak cukup sepinggan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bila hampa mai kedah, memang tak sah kalau tak cuba Dadih Shukran. Rasa asli dari Kedah, rugi kalau tak cuba. Last sekali, Bella dengan Team Vocket pergi cuba rasa kopi jalanan dengan dessert di Danzo Coffee, Jitra. Harga murah, rasa sedap, memang kombinasi yang terbaik.

Apa lagi yang menarik dalam Episode 3 bersama Bella dan Abah? Saksikan Vocket Makan Edisi Kedah.