Ratusan jika bukan ribuan bungkusan roti Gardenia dirakam memenuhi jalan selepas lori yang membawa roti kegemaran rakyat Malaysia itu difahamkan terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi.

Kemalangan tersebut menurut laporan portal Tantan News yang memetik China Press dikatakan berlaku lebih kurang jam 2 pagi tadi di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

Posted by Mohammad Hisham on Thursday, 25 June 2020

Posted by Mohammad Hisham on Thursday, 25 June 2020

Bukan sahaja bungkusan roti tersebut kelihatan bertebaran di sepanjang jalan, malah keadaan kedua-dua lori tersebut juga dilihat mengalami kerosakan yang agak teruk menerusi gambar yang dikongsikan netizen.

Bagaimanapun, kesemua mangsa yang dikatakan terlibat dalam kemalangan yang membabitkan lori penghantaran dengan sebuah lagi lori tangki minyak dikatakan tidak mengalami kecederaan parah.

Gambar roti-roti tersebut yang dikatakan dalam perjalanan mereka ke selatan tanah air turut dikongsi di beberapa portal media sosial hari ini.

Posted by Mohammad Hisham on Thursday, 25 June 2020

Posted by Mohammad Hisham on Thursday, 25 June 2020

Roti jenama Gardenia memang merupakan kegemaran rakyat Malaysia dan baru-baru ini turut menjadi antara makanan yang paling dicari-cari ketika bermulanya PKP pada Mac lalu. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Stok Roti ‘Sold Out’ Di Semua Kedai, Gardenia Akui Tidak Dapat Tambah Bekalan Di Pasaran

Cipta Fenomena Roti Coklat, myNEWS Namakan Roti Samad Sempena Lelaki Ini

Anda Mungkin Suka