Jika anda jarang melihat Rozita Che Wan di mana-mana, beliau ada sebabnya yang tersendiri. Che Ta sendiri mengaku beliau bukan selebriti yang suka berjalan jika bukan atas urusan kerja.

Che Ta sangat menjaga nilai eksklusif dirinya dan cuma akan muncul di majlis berbayar sahaja. Waktu lain, beliau lebih suka duduk di rumah bersama keluarga atau di pejabat untuk urusan kerja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Orang mungkin dapat melihat saya dalam drama atau Instagram tetapi tidak secara real life. Saya bukan jenis lepak di shopping mall dan cuma akan muncul di event berbayar dan juga TV,” terang Che Ta kepada Media Hiburan.

“Saya bukan jenis suka bersepah di merata tempat dari dulu lagi. Saya lebih suka habiskan masa di rumah atau pejabat. Kalau ada kelapangan, baru kami ke luar negara,” tambah Che Ta.

Apa yang dibuat oleh Che Ta itu ada betulnya kerana masa setiap orang mempunyai harga. Ianya juga cara terbaik untuk peminat tidak lekas bosan dengan Che Ta jika beliau selalu sangat muncul di sana sini.

Berikutan kes lelaki pukul bekas isteri dan mertua, nama Issey pula naik dan dikecam oleh peminat. Kenapa boleh jadi begitu?

Issey Pula Dipersalahkan Berikutan Kes Pukul Bekas Isteri Dan Mertua

Nabila Beri Alasan Hanya Terima Nafkah RM500 Sebulan, Sharnaaz Enggan Bercerai

Lihat 28 Iklan TV Tempatan Yang Pernah Popular Satu Ketika Dahulu

Sumber