Ramai bersetuju minat membaca perlu dipupuk sejak kecil. Ia seperti memilih antara makan sayur-sayuran dan manisan bagi kanak-kanak. Kini cabaran semakin bertambah dalam memupuk minat membaca apabila anak-anak kecil ini lebih terpesona dengan gajet seperti tablet dan smartphone. Di sini kami tampilkan idea-idea kreatif membentuk ruang bacaan yang akan menjadi salah satu faktor mendorong kanak-kanak membina minat membaca di dalam diri mereka. Jangan risau. Kita tak perlukan sebuah bilik untuk merealisasikan idea-idea ini. Cuma perlukan ruangan sahaja. Malah ia berkos rendah jika anda pandai bertukang atau pasang sendiri :)

Untuk permulaan, kami perkenalkan idea-idea ruang bacaan di tepi tingkap. Kebaikan ruangan di tepi tingkap ialah kita dapat cahaya matahari dari luar yang akan menerangi ruang bacaan. Tetapi perlu ambil langkah berjaga-jaga seperti memastikan tingkap berkunci demi keselamatan anak-anak. Walaupun ruangan di tepi tingkap adalah terhad tetapi dengan kreativiti, semua boleh dilakukan. Tiga faktor penting semasa reka ruangan bacaan ialah (1) akses kepada buku – mudah dicapai, (2) tempat duduk yang selesa dan (3) pencahayaan yang baik.

huawei-y9-prime-featured-1
HYPE
Dapatkan HUAWEI Y9 Prime 2019 Dengan Mudah Dan Percuma
Baca lagi →

hus

kids-bedroom-reading-area-teaxpxoz

lonnymag

reading8

reading12

foster room

 

Picture+21

read-2

reading6

reading-space-for-kids

S2-5a

sweet-and-simple

whimsical-nook

kids-reading-nook

Baca: 6 Cara Mudah Menggalakkan Anak Membaca Dan Menulis. Semestinya Ia Juga Menyeronokkan!

Di dalam idea-idea yang ditonjolkan disini jarang sekali menggunakan rak buku tetapi menggunakan rak kayu yang dipasangkan di dinding. Ini akan membantu memperlihatkan ruangan bacaan kelihatan lebih terbuka dan besar. Malah, anda tidak perlu risau rak buku besar terbalik dan jatuh ke lantai. Tempat duduk pula, ada disertakan kusyen-kusyen, kerusi dan juga permaidani.

Buat permulaan ini, bolehlah anda membayangkan ruangan bacaan untuk anak-anak atau mungkin juga untuk anda dengan menggabungkan idea-idea ini menjadikan satu ruangan bacaan yang menarik.

Nota: Kami teringin nak lihat ruangan bacaan hasil kreativiti orang Malaysia. Jika ada, anda boleh kongsikan dengan kami ruangan bacaan anda dengan menghantarnya ke  https://www.facebook.com/messages/thevocket . Jika dapat sambutan, kami akan buat satu lagi artikel tentang dekorasi ruang bacaan inspirasi orang Malaysia :)

Like Facebook The Vocket disini

Anda Mungkin Suka