Kadar sewa bilik atau rumah di kawasan bandar dan memiliki pelbagai kemudahan pastinya tidak murah. Akan tetapi, ada juga harga yang tidak masuk akal.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @hasyudeen telah berkongsi gambar ruang kecil tanpa dinding atau penghadang di Chow Kit disewakan dengan kadar RM450 sebulan.
Mengeksploitasi manusia. Ruang seluas ini disewakan pada harga RM 450 sebulan di Chow Kit. pic.twitter.com/vs5sjprM8U
— Nik Hasyudeen (@hasyudeen) December 6, 2021

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen terkejut melihat ruangan sekecil itu disewakan dengan harga yang mahal. Malah, para netizen turut mengatakan bahawa harga itu tidak wajar.
There need to be a regulation on rental prices in KL based on area, a ceiling price. There’s no way this is acceptable. https://t.co/rhBKb0OmX7
— NANA 🐆 (@farhanaahmad26) December 7, 2021
Nak jadi macam China ke? Hong kong? Even Singapore is slowly following suit. Soon we will be renting rooms without windows and if you want one is probably gonna charge extra. https://t.co/HzVEk2nRdC
— Andy (@NovocaineAndy2) December 6, 2021
kesian kan rakyat malaysia..tak ada pon kementerian yg prihatin isu harga rumah / bilik sewa yg melampau..
sbbnya mereka pon buat benda yg sama.. https://t.co/EegepuZRJ1— ıɹɯɐ (@AmriHimmi) December 6, 2021
Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut mengatakan kini banyak bilik sewa yang disewakan dengan harga yang melampau. Tidak hanya itu, ada juga yang bimbang Malaysia dan berasa Malaysia menghampiri situasi sama seperti di Hong Kong.
Lantaran jurang ekonomi yang terlampau besar, ratusan ribu rakyat Hong Kong terpaksa menginap di ‘rumah keranda’ dan bukannya hidup mewah seperti yang orang ramai bayangkan.
Isu bilik sewa mahal ini bukanlah perkara baru, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkaitan isu ini.
‘Bagai Di Hong Kong’- Iklan Bilik Sempit Di Pulau Pinang Disewa RM150 Seorang Curi Tumpuan Ramai