Kadar sewa bilik atau rumah di kawasan bandar dan memiliki pelbagai kemudahan pastinya tidak murah. Akan tetapi, ada juga harga yang tidak masuk akal.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @hasyudeen telah berkongsi gambar ruang kecil tanpa dinding atau penghadang di Chow Kit disewakan dengan kadar RM450 sebulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen terkejut melihat ruangan sekecil itu disewakan dengan harga yang mahal. Malah, para netizen turut mengatakan bahawa harga itu tidak wajar.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut mengatakan kini banyak bilik sewa yang disewakan dengan harga yang melampau. Tidak hanya itu, ada juga yang bimbang Malaysia dan berasa Malaysia menghampiri situasi sama seperti di Hong Kong.

Lantaran jurang ekonomi yang terlampau besar, ratusan ribu rakyat Hong Kong terpaksa menginap di ‘rumah keranda’ dan bukannya hidup mewah seperti yang orang ramai bayangkan.

Isu bilik sewa mahal ini bukanlah perkara baru, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkaitan isu ini.

‘Sudah Seperti Tempat Orang Sakit’- Netizen Terkejut Lihat Ruang Tamu Dijadikan Bilik Sewa Berharga RM170

‘Bagai Di Hong Kong’- Iklan Bilik Sempit Di Pulau Pinang Disewa RM150 Seorang Curi Tumpuan Ramai