Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kerinduan para peminat bakal terubat dengan konsert Ruffedge: 20th Anniversary Concert Ogos nanti. Konsert yang dijadualkan berlangsung di KL Live 4 Ogos nanti bakal menampilkan ahli kumpulan seperti Cat Farish, Azan Addin, Sein, Mode Abdullah dan Zain Hamid.

Ruffedge mula membuat kemunculan semula semasa persandingan Fattah Amin dan Fazura dan menimbulkan pertanyaan dari para peminat untuk membuat comeback.

#Ruffedge #AME2018 @meletop

A post shared by RUFFEDGE OFFICIAL PAGE (@ruffedge) on

Ruffedge yang mula mencipta nama sejak 1997 bagaimanapun mengambil keputusan untuk berehat seketika pada tahun 2008 untuk memberi ruang kepada setiap ahli untuk fokus pada kehidupan masing-masing.

Pada konsert tersebut nanti peminat akan dihiburkan dengan 10 buah lagu popular antaranya Da Bomb, Bila Rindu, Tipah Tertipu dan Khayalan. Selain itu, peminat juga akan dihadiahkan dengan lagu baharu ciptaan Azan yang akan dipersembahkan pada konsert tersebut.

Tiket boleh didapati di laman web Ticket Pro dengan harga serendah RM 125 hingga RM 233 bermula Jumaat ini. Mari dengarkan dahulu antara lagu Ruffedge yang masih diminati sehingga hari ini.

Anda Mungkin Suka