Seorang lelaki di China mati apabila dia bertindak melompat ke dalam tangki berisi besi cair yang panas. Dia yang bekerja di kilang memproses barang keluli itu bertindak demikian kerana difahamkan telah mengalami kerugian hingga 60 ribu Yuan (RM37,000) ketika melabur di dalam saham, lapor Vice.

Lelaki berusia 33 tahun, bernama Wang Long bekerja sebagai pemproses keluli di syarikat milik Baotou Steel yang terletak di sempadan China-Mongolia. Sebelum berita mengenai kematiannya, dia telah dilaporkan hilang oleh keluarga sejak 24 Mac 2021, di mana dia sepatutnya menjalani shift malam di kilang terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Syarikat yang heran dengan kehilangan Long telah bertindak menyiasat rakaman CCTV. Apa yang mereka jumpa selepas itu adalah mengerikan. Di dalam rakaman terbabit, Long kelihatan membuang peralatan pelindung peribadinya dan kemudian bertindak terjun ke dalam tangki pemprosesan besi cair. Syarikat menyatakan bahawa suhu besi yang sedang lebur itu dianggarkan 1,500 darjah celcius.

Rakaman yang mulanya berlegar di dalam syarikat tiba-tiba tular di media sosial, kebanyakan netizen China menyatakan rasa simpati dan sedih dengan kejadian terbabit.

Semasa menyiasat kes terbabit, pihak pengurusan syarikat menemui bukti bahawa pada hari Long membunuh diri, dia mengalami kerugian yang besar disebabkan dagangan sahamnya tidak membuahkan hasil. Long telah bekerja di syarikat lebih dari satu dekad dan rakan-rakannya memberitahu bahawa dia aktif bermain saham.

“Kami menemui petunjuk bahawa dia berhutang untuk membeli saham, yang ternyata membuatnya rugi dengan banyak dan tidak mampu membayar hutangnya,” kata pernyataan bertulis dari pihak pengurusan Baotou.

Pada hari di mana Long mengambil nyawanya sendiri, indeks saham China jatuh ke titik terendah pada suku pertama 2021. Bursa saham di sana terjejas oleh tindak balas negatif terhadap potensi AS dan China kembali terlibat dengan perang perdagangan.

Selain itu, pelabur berpendapat bahawa rangsangan ekonomi yang diberikan sejak China berjaya mengatasi wabak COVID-19 tidak dapat meningkatkan perdagangan di peringkat domestik.

Untuk rekod, Bloomberg melaporkan bahawa pelabur runcit China berbondong-bondong ke pasar terpakai untuk menjual pelbagai aset mereka. Dari jam tangan hingga cincin emas hingga Nintendo Switch, tujuannya adalah untuk menutup kerugian dari penurunan saham pada 24 Mac.

KWSP beli 13.2 juta saham Top Glove. Klik pautan di bawah untuk membaca.

KWSP Beli 13.2 Juta Saham Top Glove

Baru Sahaja Seminggu ‘Borong’ Saham Berjaya, Jalil Rasheed Kini Raih Keuntungan RM8.4 Juta

‘Boss Susu’ Jawab Isu Pegangan Saham Yang Kecil Bersama Syarikat Tenusu

Sumber