Adakah anda pernah melihat seseorang dirasuk oleh jin dan cara rawatan untuk menghalau jin tersebut daripada terus tinggal dlam badan seseorang? Bagi yang pernah menyaksikan situasi seseorang dirasuk, pasti anda sudah berasa seram sejuk, bukan?

Sebuah video dikongsikan oleh Miss Fex tular di TikTok dimana memaparkan situasi seorang ustaz sedang merawat seorang wanita yang dirasuk makhluk halus. Menerusi video tersebut, dapat dilihat suasana seram di dewan tersebut bertukar menjadi kelakar apabila ustaz tersebut mengajak jin di dalam badan wanita berkenaan untuk mengucap dua kalimah syahadah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@ffeexx/video/6982401133507595546

Mana tidaknya, jin tersebut mengikut kata-kata ustaz dengan suara yang berubah-ubah sambil membuat pelbagai gaya comel dan mencuit hati. Selepas selesai mengucap dua kalimah syahadah, maka jin itu meninggalkan tubuh wanita tersebut.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat aksi lucu ketika jin tersebut mengucap dua kalimah syahadah. Malah, para netizen juga tidak dapat menahan gelak dan mengatakan tingkahlaku jin tersebut comel.

rasuk 1

rasuk 2

rasuk 3

rasuk 4

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan ini merupakan pertama kali melihat kes rasuk yang tidak degil dan kelakar. Malah, para netizen turut mendoakan agar wanita tersebut dilindungi dan kembali sihat seperti sediakala.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.3 juta tontonan dan meraih lebih 66 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan video tular di TikTok pada pautan di bawah ini.

Miliki Wajah Yang Kacak, Segelintir Pengguna TikTok Mahu Pesalah Ini Diberi Peluang Kedua

Sanggup Ikuti Trend Sehingga Abaikan Keselamatan Anak, Video TikTok Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Padah Perlekehkan Guru Dalam Video TikTok, Penyampai Radio Ini Sah Berhenti Kerja