Rumah banglo dua tingkat di Tok Sira, Kuantan ini pernah menjadi muka depan Majalah Impiana edisi 64. Rekabentuk dan ruang dalamannya berkonsepkan kontemporari di mana ia turut menampilkan ciri lapang dan terbuka.

Konsep itu menjadikan suasana rumah banglo seperti di vila pusat peranginan. Tambahan pula, lokasi kediaman ini berhampiran dengan 2 buah pantai, Nature Walk Bukit Pelindung, dan pusat rekreasi Taman Teruntum.

huawei
HYPE
Tingkatkan Produktiviti Bekerja, Ketahui Bagaimana 3 Produk Hebat HUAWEI Ini Dapat Membantu
Baca lagi →

Dengan binaan 5400 kaki persegi di atas tanah seluas hampir 10,000 kaki persegi, terdapat 6 bilik tidur yang setiap satunya dilengkapi bilik air dan penghawa dingin tetapi hanya bilik tidur utama sahaja memiliki balkoni.

Selain itu, penghuninya boleh beristirahat dan bersosial di kolam renang yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Ia juga mempunyai air pancuran mandi di luar rumah.

Terima kasih Syafiq Yem yang sudi kongsi gambar dan info tentang rumah banglo ini. Anda boleh lakukan seperti Syafiq dengan menghantar email ke [email protected]

Anda Mungkin Suka