Caravan atau motorhomes memang jarang kita nampak di jalan raya negara tetapi kini tidak lagi. Memperkenalkan Benimar Mileo 313, motorhomes yang boleh menempatkan sehingga 6 orang dalam sesuatu masa. Kereta berkuasa enjin 2.3L turbo ini lengkap dengan 6 tempat tidur tempat memasak, oven, microwave dan tandas.

Ini kalau sangkut dalam traffic jam untuk pulang ke kampung pun tak ada masalah. Kalau penat boleh parking di tepi, rehat sambil berpiknik dan kemudiannya sambung semula perjalanan. Harganya menurut laman Paultan adalah sekitar RM600 ribu. Sama harga seperti sebuah rumah sebenar. Tetapi kalau anda seorang yang jiwa traveller, apa salahnya untuk beli kereta ini dan mulakan pengembaraan ke seluruh dunia secara road trip!

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤