Sebuah lagi laporan telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada minggu ini dimana rumah bernilai RM300,000 sehingga RM500,000 tidak lagi dikira mampu milik.

Hal ini kerana harga yang ditawarkan jauh lebih tinggi berbanding kemampuan median gaji Rakyat Malaysia iaitu RM5,228 berdasarkan statistik tahun 2016.

building_BNM_resized (1)

Penawaran rumah ‘mampu milik’ dengan harga RM300,00 keatas juga membuatkan separuh daripada Rakyat Malaysia gagal untuk mendapatkannya berikutan penerimaan gaji yang tidak berpatutan berbanding bayaran bulanan rumah.

Dikatakan laporan ini dimuat naik BNM berikutan sikap beberapa pihak pemaju yang menyenaraikan rumah sebagai kategori ‘mampu milik’ meskipun ditawarkan pada harga yang tinggi.

Mengulas mengenai bilangan rumah yang tidak dapat dijual, difahamkan rumah dengan harga RM300,000 dan kebawah masih lagi mendapat sambutan dan menerima jumlah penjualan yang tinggi berbanding rumah yang ditawarkan pada harga premium.

Sumber