Segala usaha pencarian telah dilakukan, namun bekas personaliti TV3 iaitu Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu masih belum dijumpai.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, mengenai kehilangannya pada 29 November tahun lalu.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Difahamkan, anak Zalina iaitu Mikhael Norman mendakwa telah cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu (bapa Zalina) dimasukkan ke hospital namun gagal.

Oleh itu, pengadu bersama bapa saudaranya telah pergi ke rumah bekas pembaca berita TV3 itu dan mereka mendapati kereta wanita itu berada di tepi rumah pada 29 November lalu.

“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

“Bagaimanapun ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa,” katanya.

Susulan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyiarkan gambar Zalina serta butiran peribadi penampilan wanita itu kepada umum bagi membantu siasatan.

Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan atau menghubungi segera Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Balu Arwah Abam Kongsi Beli Vellfire, Ali Puteh Tenang Layan Kecaman Netizen

Tertekan Pedal Minyak Sehingga Masuk Longkang, Keadaan Kereta Pelajar Memandu Ini Curi Tumpuan Netizen