Sebuah rumah di China mendapat tarikan orang awam apabila terletak di tengah-tengah lebuh raya selepas pemiliknya enggan menjual rumah tersebut kepada pihak kerajaan.

Rumah ini adalah salah satu daripada banyak contoh “rumah degil” yang terdapat di China, di mana pemiliknya menolak pampasan daripada pihak pemaju.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Beberapa keping gambar menunjukkan rumah yang diapit oleh dua lorong yang melintasi Jambatan Haizhuyong, yang baru dibuka di kota metropolitan Guangzhou, Provinsi Guangdong.

Rumah satu tingkat itu berukuran 40 meter persegi dan terletak betul-betul di tengah lebuhraya empat lorong, lapor stesen TV Guangdong.

Pemilik rumah itu, yang dikenali dengan nama Liang, menyatakan bahawa dia tidak mahu berpindah kerana rumah ganti yang ditawarkan oleh pemerintah tidak berada di lokasi yang ideal.

“Anda fikir persekitaran ini buruk, tetapi saya merasa tenang, bebas, menyenangkan dan selesa,” katanya seperti dikutip Daily Mail.

Beberapa sumber dalaman memberitahu stesen tv tersebut bahawa Liang didakwa meminta empat pangsapuri sebagai ganti untuk dia berpindah, tetapi hanya dijanjikan dua.

Manakala dakwaan lain pula menyatakan bahawa Liang telah ditawarkan satu tempat tinggal yang berada di sebelah tanah perkuburan dan disebabkan itu dia enggan untuk berpindah.

Liang adalah satu-satunya orang yang masih tinggal di sana. Sebelum ini, terdapat sejumlah 47 isi rumah dan 7 syarikat di daerah ini. Mereka semua telah berpindah dari situ bermula dari bulan September 2019, manakala Liang masih berkeras untuk kekal di sana.

Pihak berkuasa juga akui bahawa telah menawarkan kepada Liang banyak pilihan pangsapuri dan juga skim pampasan tunai, tetapi dia menolak semuanya.

Terdahulu, virus terbaharu G4 mula dikesan di China, ia adalah wabak selsema babi jenik baharu yang berpotensi jadi pandemik. Klik pautan di bawah untuk membaca.

G4 Dikesan Di China, Wabak Selsema Babi Jenis Baru Yang Berpotensi Jadi Pandemik

Anda Mungkin Suka