Inginkan rumah macam Aquaria KLCC tapi versi yang lebih real? Anda boleh dapat persekitaran rumah sebegini di Dubai. Rumah terapung dari Kleindienst Group ini bakal mempunyai 3 level; level atas, level tengah dan satu level di bawah laut.

Rumah ini dilengkapi dengan set jacuzzi, ruang tamu dapur, dek untuk anda bersantai di luar dan master bedroom terletak di bahagian bawah di mana anda akan tidur dengan suasana tenang dikelilingi ikan di laut. Awesome!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Projek perumahan laut yang dikenali sebagai Floating Seahorses ini adalah sangat mesra alam kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membina rumah ini mendapat kelulusan pihak maritim dan projek ini dapat menambah baik ekosistem laut dengan penambahan terumbu karang artificial.

Rumah ini bernilai USD1.8 juta (lebih kurang RM7.29 juta) sebuah dan hanya terdapat 42 unit rumah sahaja yang ditawarkan. Jika anda ingin membeli rumah ini, sudah terlambat kerana ianya sudah habis terjual.

Rumah-rumah ini nanti akan berada dibawah kendalian Tzar Hotel dan pemilik rumah ini hanya boleh duduk di rumah ini selama dua minggu sahaja dalam setahun. Pada hari-hari yang lain ianya akan dibuka untuk disewa oleh orang ramai. Good investment bukan? Floating Seahorses dijangka siap akhir tahun ini dan ianya akan dibuka pada tahun 2017.