Percaya atau tidak kini puluhan rumah di Pulau Sicily, Itali dijual dengan harga serendah €0.90 (~RM4.23) sahaja. Penjualan rumah dengan nilai rendah ini sangat berbaloi ditambah lagi dengan suasana pemandangan puncak bukit yang indah menghadap Laut Mediterranean.

Rumah di kawasan itu dijual dalam pasaran pada harga sebegitu dalam usaha untuk menambah semula jumlah penduduk di dalam komuniti tersebut. Pengurangan penduduk semenjak beberapa tahun kebelakangan ini akibat perpindahan penduduk asal ke bandar besar di sekitarnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

sicily1

Menurut kenyataan Timbalan Datuk Bandar Giuseppe Cacioppo berkata nilai pasaran rumah tersebut tidak sama seperti harga di bandar lain yang mempunyai kos terselindung dan propaganda lain. Tambah beliau lagi jika pembeli berhasrat untuk memiliki rumah di Sicily, pembeli akan mendapatkan rumah tersebut dengan kadar segera.

Bakal pembeli hanya perlu membayar deposit keselamatan sebanyak €5,000 (~RM23,494) sahaja dan deposit akan dikembalikan semula selepas proses baik pulih selesai.

Island-Procida-near-Naples-Italy-000063931595_Full-Main-Image
Sumber: odysseytraveller

Di samping itu pembeli akan dikenakan kos baik pulih bermula €15,000 (~RM70,484) bagi setiap rumah pilihan yang mengalami runtuhan sekitar 40 hingga 150 meter persegi. Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang bercita-cita ingin memiliki rumah pertama di luar negara, ini mungkin berita baik untuk anda.