Rata-rata pemilik rumah kini menginginkan rumah ditatarias dengan konsep minimalis baik dari segi susun atur perabot mahupun warna yang digunakan. Begitu juga konsep yang menjadi pilihan oleh pasangan di Vietnam yang mahukan rumah ditatarias dengan konsep minimalis dan gabungan alam semulajadi.

Idea pasangan ini telah direalisasikan oleh sekumpulan arkitek tempatan yang dikenali sebagai 85 Design dengan gabungan pokok dan tumbuhan hijau yang melengkapkan lagi dekorasi dalam rumah. Gabungan penggunaan warna putih, biru dan hijau jelas sekali menimbulkan suasana yang tenang dan menampakkan kesan ruang yang lebih luas.

mh1

mh2

Lebih menyenangkan lagi, terdapat satu ruang yang benar-benar memberikan efek ketenangan di ruangan bawah yang membenarkan pemilik bersantai seolah-olah berada di luar rumah.

mh3

Mungkin anda boleh mengambil inspirasi dari rekaan dalaman ini untuk mengubahsuai kediaman anda.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group