Pada awal tahun ini saya mencari idea untuk hias ruang permainan anak-anak saudara dengan perabot-perabot dari Sweden yang mempunyai outlet di pinggir Kuala Lumpur.

Dalam pencarian idea tersebut, mata saya tertarik dengan hiasan di bawah ini yang kelihatan tersusun dan menepati ruang kosong yang dicadangkan untuk ruang permainan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya terus klik album tuan empunya gambar dan dapati banyak lagi hiasan yang menarik. Ini sudah bagus, saya mahu kongsikannya bersama pembaca Vocket.

6 bulan berlalu, Puan Syahida Jaafar membalas mesej saya dan dia beri keizinan untuk paparkannya di sini. Saya juga berkesempatan menemubual Puan Syahida untuk dapatkan beberapa maklumat.

Puan Syahida tinggal bersama suami dan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 11 tahun di sebuah rumah jenis semi-detached setingkat. Keluasan rumah ini ialah 32 kaki lebar dan 52 kaki panjang.

Ia mempunyai 1 ruang tamu, 1 ruang keluarga, 3 bilik tidur, 1 bilik permainan, 1 ruang dapur kering, dan 1 ruang dapur basah.

Ruang keluarga diperlukan agar anak-anak tidak mengganggu tetamu di ruang tamu. Begitu juga dengan bilik permainan agar anak-anak mempunyai ruangan mereka sendiri.

Ruang Tamu

Ruang Makan

Ruang Keluarga

Bilik Tidur Utama

Bilik Tidur Anak-Anak

Bilik Permainan

Dapur Kering

Dapur Basah

Puan Syahida Jaafar:

Kebanyakkan idea saya dapat daripada majalah dan showroom Ikea. Saya juga suka menonton rancangan dekorasi di TV. Saya ubah ikut kesesuaian ruang rumah.

Konsep dekorasi rumah saya ialah modern minimalis. Ia praktikal untuk penggunaan penghuni rumah dan tidak kelihatan terlalu formal untuk tetamu yang datang.

Saya ambil masa 3 bulan untuk menghias rumah ini. Semua perabot dibeli secara berperingkat. Ada juga yang dibawa daripada rumah lama. Kalau lihat pada perabot, kebanyakannya produk Ikea kerana saya peminat barangan Ikea.

Faktor hiasan yang saya pentingkan ialah praktikal dan selesa untuk penghuni dan tetamu yang bertandang. Hiasan mestilah tidak sarat dan warna yang digunakan biarlah menggambarkan elemen cozy.