Drama Korea Hometown Cha Cha Cha yang dibintangi oleh Kim Seon-ho dan Shin Min-a kini menjadi bualan ramai. Malah, ramai yang mahu berkunjung ke kawasan penggambaran itu.

Terbaharu, tular di media sosial beberapa video perkongsian peminat drama tersebut telah berkunjung ke perkampungan dalam drama terbabit. Bukan itu sahaja, ada juga peminat yang terjah ke rumah yang digunakan oleh watak dalam drama tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@meong_korea

Sharing my 1day experience at the beautiful seaside of Gongjin of Kdrama Hometown cha cha cha. Doble ang excitement sa personal. #hometownchachacha

♬ Romantic Sunday – Car the garden

@lina.byoui

visiting gongjin (pohang) for our chief hong 😮‍💨 #hometownchachacha #kdramalover #추천 #fyp #koreandrama #netflix #pohang #koreatravel #갯마을차차차

♬ Romantic Sunday – Car the garden

Tambahnya, pemilik rumah sebenar mengalami kesukaran kerana ada peminat yang cuba memasuki kediaman tersebut. Untuk pengetahuan, rumah itu hanya disewa pihak produksi sepanjang penggambaran sahaja dan kini telah didiami semula oleh pemilik sebenar.

Lantaran itu, pihak produksi drama Hometown Cha Cha Cha telah mengeluarkan notis dan meminta agar peminat tidak melawat perumahan yang digunakan sebagai tempat penggembaran itu.

Oleh itu, pihak produksi turut meminta semua peminat supaya menjauhkan diri daripada tempat tersebut dan mencadangkan supaya melawat tempat menarik lain di Pohang.

Sebelum ini, lokasi filem Parasite turut diserbu peminat. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

4 Lokasi Filem Parasite Kini Diserbu Pelancong Selepas Menang Besar Di Oscar

11 Destinasi Drama Hotel Del Luna Yang Anda Boleh Terokai Bersama Pasangan