Sebelum ini, rumah hantu pandu lalu di Negeri Sembilan ‘hype’ di TikTok dan ramai orang telah berkunjung ke rumah hantu, ‘Misteri Trak Kuning’ tersebut untuk merasai sendiri pengalaman seram yang menjadi bualan.

Difahamkan, rumah hantu itu telah ditutup selepas penduduk setempat mengadu terganggu dengan jeritan pengunjung yang ketakutan di sana hingga menganggu masa rehat dan tidur penduduk kampung..

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@irfan.ikhzal

100/10! Best nak mampus!!! See ya next theme !👻👻 #hauntedride #misteritrakkuning #fyp

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

@shzlymhhd

Orang lain hari Malaysia tengok Bunga Api, Kitaorang tengok hantu 🤣🤣 overall rate 9/10 ⭐️should going with friend tau best nak mampuih. #misteritrakkuning misteritrakkuningremba@MISTERI TRAK KUNING

♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

@rizal_rasid

Sakit jugak anak tekak aku menjerit naik benda ni 😅 Tapi sumpah best. Korang kena try! #fyp #rembau #negerisembilan #misteritrakkuning

♬ original sound – Rizal Rasid

Menurut laporan, pihak polis menerima aduan penduduk yang terganggu dengan bunyi bising di tapak perniagaan yang dikenali sebagai ‘Misteri Trak Kuning’ antara 9 malam hingga 1 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan masih belum memperolehi apa-apa lesen atau permit hiburan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Pemilik perniagaan ini juga akur untuk menutup perkhidmatan mereka.” kata Ketua Polis Daerah Rembau, Hazri Mohamad.

@misteritrakkuning

PENJELASAN DAN PERMOHONAN MAAF DARI KAMI,TEAM MISTERI TRAK KUNING,MOHON SHARE DAN SUPPORT🙏🏻🥰 #rembaumostwanted

♬ original sound – MISTERI TRAK KUNING – RUMAH HANTU MTK👻

Susulan itu, pihak pengurusan Misteri Trak Kuning tersebut yang membuat penjelasan dan permohonan maaf kepada pihak yang terbabit. Malah, pihak pengurusan akan cuba sehabis baik untuk bertemu dengan pihak berkuasa tempatan untuk dapat membuka kembali rumah hantu tersebut sekaligus membantu pembangunan eko pelancongan di Rembau.