Loke Thye Kee bermaksud “House of Happiness”. Rumah kedai teres lama ini terletak di Jalan Penang, Georgetown, Pulai Pinang. Ia berdekatan dengan Loke Thye Kee Restaurant. Rumah kedai teres ini asalnya dibina untuk kegunaan keluarga Loy yang mengusahakan Loke Thye Kee Restaurant oleh Khoo Sian Ewe yang merupakan tuan tanah yang berpengaruh pada awal 1900an dan rakan kepada keluarga Loy. Mereka tinggal disitu sehingga tahun 1996.

Baca: Rumah Bertingkat Gaya Minimalis Di Jepun Ini Hanya Selebar 6 Kaki Sahaja

Kedudukan rumah kedai teres Loke Thye Kee di Jalan Penang:

pulaupinang.com
pulaupinang.com

Kemudian, syarikat 1919 Global Sdn Bhd membeli Loke Thye Kee Restaurant dan 5 lot rumah kedai teres lama itu. 1919 Global Sdn Bhd merupakan syarikat pembangunan hartanah butik premium yang mempunyai pejabat pengurusan syarikat di Malaysia dan Singapura ini telah berjaya mengembalikan semula bangunan lama menjadi sebuah hartanah yang bernilai tinggi.

booking.com
booking.com
lokethyekee.com
lokethyekee.com

Rumah kedai teres lama telah diubahsuai dan dinamakan sebagai Loke Thye Kee Residences. Kini, ia merupakan sebuah hotel butik yang diberi 3.5 bintang oleh laman web Agoda.com dan Hotels.com.

tripadvisor.com
tripadvisor.com

Baca: Top 5 Kafe Di Pulau Pinang Yang Rakyat Kuala Lumpur Tidak Tahu

Keluasan Loke Thye Kee Residences ialah 633 meter persegi ini siap sepenuhnya pada tahun 2015 telah memulakan operasi bisnes pada pertengahan tahun ini juga. Loke Thye Kee Residences terdiri daripada 5 bilik suite mewah yang mempunyai laluan masuk dan courtyard sendiri dengan setiap satunya menuju ke taman dan balkoni peribadi.

booking.com
booking.com
frameweb.com
frameweb.com
booking.com
booking.com

Baca: 7 Tempat Makan Yang Mesti Anda Cuba Di Pulau Pinang

Hiasan dalaman hotel butik ini telah dilakukan oleh Ministry of Design (MOD). MOD mengetengahkan inspirasi hiasan dalaman daripada sejarah warisan tempat ini dan juga sejarah Loke Thye Kee Restaurant yang berusia lebih 100 tahun. Ia menjadi tumpuan pelancong kerana mempunyai rupa rumah kedai klasik Cina. Walaupun ia bangunan lama yang diberi nafas baru, hotel butik ini masih mengekalkan kualiti, keselesaan, gaya dan prestij premium.

Luaran hotel butik Loke Thye Kee Residences:

hotels.com
hotels.com
hotels.com
hotels.com
bedandbreakfast.eu
bedandbreakfast.eu

Hiasan dalaman hotel butik Loke Thye Kee Residences:

lokethyekee.com
lokethyekee.com
lokethyekee.com
lokethyekee.com
urdesignmag.com
urdesignmag.com
swipelife.com
swipelife.com
Vincent Lim WT Photography  .  www.GrandMediaServices.com
Vincent Lim WT Photography . www.GrandMediaServices.com

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram