Kalau anda memang seorang yang kreatif, apa sahaja yang dapat ke tangan anda akan menjadi sesuatu yang berseni. Seorang arkitek Sepanyol, Ricardo Bofill membeli sebuah kilang simen di Barcelona pada tahun 1973 dan dikatakan kilang simen berkenaan sudah wujud sejak era perang dunia pertama lagi.

Setelah 45 tahun pembelian kilang simen ini, akhirnya rumah La fábrica hampir siap mengikut visi yang ada dalam kepala Ricarddo. Kilang simen ini adalah sebuah bangunan tinggalan zaman perang dan proses untuk baik pulih ini memang memakan masa yang sangat lama.

Kilang simen ini ketika tahun 1973

La fábrica kini adalah kediaman yang mempunyai hiasan dalaman yang sangat cantik. Setiap bilik yang dibuat dalalm kilang ini berbeza setiap satunya. Setiap pelusuk kilang simen ini digunakan sepenuhnya dan ada tempat dijadikan sebagai studio untuk team Ricardo Bofill berkarya dan ada juga tempat untuk pasukannya melepak dengan tenang.

Pokok-pokok yang meliar tumbuh di kawasan kilang ini sengaja dibiarkan begitu sebagai dekorasi kepada La fábrica. Awesome juga idea Ricardo ini. Menurut Ricardo, rumah ini masih belum siap sepenuhnya dan masih ada penambahan yang perlu dibuat.

Semestinya untuk mengubahsuai kilang ini memerlukan masa dan bajet yang banyak. Mana tidaknya, ianya dulu sebuah kilang yang mengeluarkan debu dan asap tetapi kini menjadi sebuah tempat tinggal yang indah dan mesra alam. Kalau anda nak jadi seperti Ricardo, boleh buat survey di Perak. Banyak kilang simen di sana. Boleh ajak satu kampung duduk dengan anda nanti. Apa-apa pun, rumah La fábrica ini memang sangat epik.