Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Rumah konsep oleh firma OPA ini sungguh ‘brutal’ kerana ianya akan dibina di tebing bukit Faqra di Beirut, Lebanon. Rumah konsep ini dinamakan ‘Casa Brutale’ dan katanya akan dibina dalam masa terdekat ini.
Rumah konsep ini akan dibina di tepi bukit yang mempunyai altitude 1,600 meter dari paras laut. Rumah ini akan mempunyai keluasan 270 meter persegi dan boleh memuatkan sehingga enam penghuni. Garaj bawah tanah rumah ini nanti boleh menempatkan 3 buah kereta.
Bajet awal untuk projek rumah ini adalah sekitar USD2.5 juta. Buat masa ini, kita layan dulu gambar konsep rumah ini. Kalau James Bond tu wujud, rumah ni pasti beliau suka.
- SUMBER
- Design Boom
- High Snobiety