Rumah lelong adalah satu alternatif buat generasi muda yang berpendapatan untuk memiliki kediaman samada untuk duduk sendiri atau buat pelaburan. Tapi ramai yang berkira-kira kerana kebiasaannya keadaan rumah lelong agak menggerunkan sehingga memerlukan ia dibaikpulih dengan kos tinggi agar selesa didiami.

Namun setelah melihat perkongsian Dr. Azizul Azli Ahmad di Facebook berkenaan sebuah rumah di Ipoh, Perak yang asalnya dilelong pada harga RM31,000 dan berjaya memenanginya pada harga RM36,000 ia membuka satu lagi perspektif berkenaan pemilikan kediaman buat anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pasti tidak perlu mengeluh lagi melihat harga rumah yang kian lama makin meningkat saban tahun apabila tahu bagaimana merebut peluang pemilikan rumah lelong. Ternyata masih ada rumah berharga RM50,000 ke bawah dan boleh diubahsuai dengan kos rendah.

Berbalik kepada rumah lelong di Ipoh ini, kos ubahsuai keseluruhan kediaman hanya sekitar RM10,000 sahaja. Ia kelihatan selesa dan cantik dengan perabot IKEA dan juga ada yang dibuat sendiri seperti kaunter top RM1500.

Keadaan Asal Rumah Lelong

Proses Ubahsuai Dan Baikpulih

Keadaan Terkini

Kos

Setelah siap ubahsuai dan baikpulih, dijangkakan tuan rumah boleh menyewakannya dengan kadar semasa iaitu sekitar RM400-RM450 sebulan. Mengikut perkiraan, tuan rumah boleh mendapat lebihan wang sebanyak RM272.79 setelah ditolak ansuran rumah RM177.21 sekiranya disewakan pada harga RM450.

Anda boleh membaca seterusnya di pautan asal di sini terutama di bahagian komen – ada input tambahan.

Dengan pendedahan ini, anda tahu masih ada rumah lelong murah dan ia boleh dibaikpulih dengan kos yang rendah, sekaligus ia boleh beri pulangan yang baik kepada anda semula.

Sebelum ini Dr. Azizul pernah kongsi tentang transformasi sebuah kediaman lelong yang dilakukan oleh bekas pelajarnya. Anda boleh baca ia di Vocket.