Manny Pacquiao ‘Pacman’ mungkin tewas di atas gelanggang boxing hasil keputusan juri, tetapi beliau tidak perlu risau kerana hasil kutipan daripada pertembungan ‘Fight of the Century‘ baru-baru ini mendatangkan keuntungan dari segi kewangan kepadanya.

BACA: Ini Adalah 5 Sebab Kenapa Manny Pacquiao Seorang Peninju Yang Badass

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disenarai sebagai atlet ke-11 paling kaya di dunia, Manny Pacquiao terkenal sebagai insan yang suka membelanjakan kemewahan yang dimiliki untuk tujuan amal. Walaupun begitu, Pacman juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati hasil usaha keras beliau dengan membeli sebuah rumah agam mewah di Beverly Hills.

Sebelum perlawanan bertemu Floyd Mayweather di Las Vegas, Pacman mengeluarkan sejumlah USD $12.5 Juta untuk membeli rumah agam seluas 10,000 kaki persegi. Beliau juga memberikan empat keping tiket kepada pemilik rumah berkenaan sebagai usaha untuk bersaing dengan dua lagi pembeli lain yang berminat untuk membeli rumah tersebut.

Dengan harga setinggi itu, Pacman kini memiliki sebuah rumah agam yang mempunyai tujuh buah bilik tidur, lapan bilik mandi, sebuah kolam renang dan pelbagai kemudahan mewah yang dikelilingi dengan persekitaran menarik berserta pemandangan indah Beverly Hills.

rumah pacman

rumah pacman

rumah pacman

rumah pacman

rumah pacman

rumah pacman

rumah pacman

rumah pacman

rumah pacman

rumah pacman

rumah pacman

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram