Kalau anda selalu ke Mid Valley, mesti biasa nampak kedai Muji ini yang terletak di tingkat paling atas. Muji adalah jenama barangan rumah dan office yang menekankan aspek minimalis dalam setiap rekaan produk mereka. Muji kini mengembangkan perniagaan mereka; selain menjual perhiasan rumah, mereka jual terus rumah kepada pelanggan.

Rumah kecil ciptaan Muji ini hanya berkeluasan 100 kaki persegi dan semestinya dibina dengan aspek minimalis. Rumah ini akan mempunyai porch kecil di bahagian hadapan, pintu kaca dan dibina sepenuhnya dari plywood dan kayu cedar dari hutan di Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tujuan Muji mencipta rumah ini adalah supaya ‘setiap perincian ruang adalah untuk anda’. Jadi logiknya di sini, anda kena tinggal seorang diri untuk enjoy personal space and time anda. Anda mahu letak rumah ini di kaki gunung? Tepi taman? Tepi tasik? Ikut kemahuan anda. Tetapi satu sahaja sebab rumah ini tidak begitu lengkap; tiada bilik mandi dan tandas.

Buat masa ini, rumah ini hanya dirancang untuk dijual di Jepun sahaja dahulu dengan harga 3 juta Yen (lebih kurang RM120 ribu). Walaupun harganya agak tinggi, pasti ada orang Jepun yang berminat untuk beli rumah ini. Tetapi kalau kalau buat sendiri rumah ini, berapa sahaja kosnya bila siap nanti kan?

Sumber