Sehebat-hebat rumah kondominium sekalipun kalau ternampak rumah kampung lama yang cantik pasti pusing kepala juga untuk lihat. Itulah yang terjadi apabila saya terlihat rumah papan yang simple dan menarik ini. Tidak berniat untuk menulis panjang di bawah adalah beberapa maklumat tentang rumah papan power ini.

rumah-papan-sabah-vocket-7

rumah-papan-sabah-vocket-1

1. Ambil masa 3 bulan untuk ubah suai rumah

rumah-papan-sabah-vocket-6

Pemiliknya Dzul Asri dan isteri mengambil masa tiga bulan untuk ubah suai rumah impian mereka yang terletak di Tuaran Sabah ini. Prosesnya bermula pada bulan januari dan ini lah hasilnya setelah tiga bulan.

2. Dibina di atas tanah pemberian orang tua

rumah-papan-sabah-vocket-5

Rumah dua bilik ini di bina atas tanah pemberian orang tua. Kebetulan orang tua pemilik juga tinggal berdekatan dengan rumah mereka.

3. Kos ubah suai ini lebih kurang RM30,000

rumah-papan-sabah-vocket-4

Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa kos untuk mengubah suai rumah sebegini. Menariknya kosnya hanya di antara 25 hingga ke 30 ribu sahaja termasuk upah tukang, balcony, tangga, bumbung balcony, cat, railing, tiles dan dinding. Kos tersebut tidak termasuk perabot.

4. Idea ubah suai diperolehi ketika melancong

rumah-papan-sabah-vocket-3

Apabila di tanya tentang idea menghasilkan rumah papan ini menurut pemilik kebanyakkan idea diperolehi ketika melancong. Kebetulan pemilik dan isteri memang gemar melancong. Jadi tidak hairanlah kan apabila interior dalaman rumah papan ini banyak di pengaruhi elemen Inggeris. Daripada segi pemilihan perabot pemilik memilih “all white & minimalist”

5. Rumah papan ini dibina secara berperingkat

rumah-papan-sabah-vocket-2

Rumah papan ini di bina dan di hias secara peringkat demi peringkat. Pemilik masih sedang dalam proses ubah suai dan menambah baik apa yang perlu.

Sumber