Tugas pihak polis selain daripada menangkap penjenayah tetapi mereka juga perlu memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin dan rakyat berasa tenteram tanpa perlu bimbang akan keselamatan mereka.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @tattyhassan telah berkongsi ‘direct messages’ yang diterimanya dimana pengikutnya bertanya untuk mendapatkan khidmat perundangan apabila pihak polis tidak mahu menerima laporan selepas 10 rumah di kawasan rumahnya termasuk rumahnya telah diceroboh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian yang menunjukkan tangkap layar mesej individu terbabit, rumahnya dan rumah-rumah jirannya dipercayai di Kedah didiami oleh pelajar wanita telah diceroboh masuk seorang lelaki.

Disebabkan rasa terancam, maka dia telah ke balai polis untuk membuat laporan tetapi kecewa apabila pihak polis tidak mahu mengambil laporan kerana menyifatkan ia bukanlah satu pencerobohan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana pihak polis tidak mahu membuka kes. Malah, ada juga netizen yang mencadangkan untuk membuat aduan ke JIPS.

Walau bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung isu ini. Bagi anda di luar sana, mungkin anda boleh pasang CCTV di hadapan rumah anda dan tambahkan lagi ciri keselamatan untuk melindungi diri anda.