Tahukah anda, mulai 1 Januari 2017, untuk pembelian rumah pertama yang bernilai RM300k ke bawah, anda akan dikecualikan daripada bayaran duti setem pindah milik dan duti stem dokumen utama pinjaman.

Manakala untuk hartanah yang bernilai RM301K hingga RM500K pula, anda layak mendapat peremitan sebanyak RM5,000 daripada jumlah amaun sebenar duti setem pindah milik yang akan dikenakan, dan peremitan sebanyak RM1,500 daripada jumlah amaun sebenar duti setem dokumen utama pinjaman yang akan dikenakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Misalnya:

1. Nilaian rumah: RM500k

Duti setem pindah milik sebenar: RM9000

Peremitan duti setem pindah milik : RM5000.

RM9000 – RM5000 = RM4000.

Maka, duti setem yang perlu di bayar hanyalah: RM4000 sahaja.

2. Jumlah pinjaman: RM450k

Duti setem dokumen utama pinjaman: RM2250

Peremitan duti setem dokumen utama pinjaman: RM1500

RM2250 – RM1500 = RM750.

Maka, duti setem yang perlu di bayar hanyalah : RM750 SAHAJA.

Nak tahu perkiraan duti setem sebenar, sila lihat gambarajah di bawah.

*Peremitan: potongan/ diskaun

Sila like, komen dan share!