Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat rungutan orang ramai mengenai harga rumah semakin meningkat sekaligus membuatkan orang ramai memilih untuk sekadar menyewa. Isu ini turut dikaitkan dengan pendapatan purata rakyat Malaysia yang dikatakan tidak setimpal dengan hartanah yang ditawarkan.

Menurut Presiden Pertubuhan Akitek Malaysia, Datuk Ar Ezumi Harzani, penetapan harga kediaman mampu milik yang ditetapkan kerajaan iaitu pada nilai RM300,000 untuk rumah dengan keluasan 900 kaki persegi dilihat sangat berpatutan bagi kebanyakan daerah di Malaysia.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →
2.-Datuk-Ar.-Ezumi-Harzani

Datuk Ar Ezumi Harzani. Sumber: Hock Seng Lee Berhad

Tambahnya lagi, faktor kos harga tanah dan pematuhan peraturan yang tinggi di bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang antara yang menjejaskan kemampuan pemaju untuk mendawarkan rumah pada harga sedemikian.

“Selain itu, deposit pembinaan, permit kerja tanah, deposit utiliti, sumbangan pembangunan utiliti, serahan tanah untuk pembangunan utiliti, pembinaan jalan, parit, kawasan takungan air, bayaran kos permohonan strata kos lesen pemaju dan pelbagai bayaran lain yang menyebabkan peningkatan kos pembinaan juga wajar dilihat semula,” katanya pada temu bual menerusi e-mel bersama Berita Harian.

1-3 (1)

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pr1maMengulas lanjut, Ezumi berkata, kos pematuhan yang tinggi dan jualan lembap menyebabkan banyak pemaju hartanah menangguhkan projek perumahan mampu milik. Penjualan rumah yang suram turut menjadi faktor para pemaju hartanah menangguhkan projek perumahan mampu milik.

Difahamkan sudut kewangan pembeli yang stabil antara yang menjadi penentu dalam memastikan seseorang individu mampu memiliki sesebuah kediaman atau sebaliknya.

Beliau juga turut menyeru kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan penawaran insentif tertentu kepada pemaju hartanah untuk membina kediaman mampu milik mengikut kehendak dan kemampuannya bagi mengelak jumlah perumahan berkualiti rendah yang tidak terjual terus bertambah.

Sebelum ini, pengasas Syarikat Pemaju Perumahan pernah mencadangkan agar pihak kerajaan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 45 tahun.

Pengasas Syarikat Pemaju Perumahan Ini Cadang Kerajaan Lanjutkan Tempoh Pinjaman Sehingga 45 Tahun

Angkara COVID-19, Harga Rumah Dilaporkan Turun Di Kuala Lumpur, Selangor Dan Johor

Pernah Menjadi Kediaman Tunku Abdul Rahman, Hartanah Ini Sedia Dijual Dengan Harga RM62 Juta

Anda Mungkin Suka