‘Cun!’ merupakan sebuah filem tempatan arahan Osman Ali yang diterbitkan pada tahun 2011. Filem ini mengisahkan tentang seorang pengacara rancangan hiburan TV terkenal, Luna lakonan Maya Karin.

Beliau mendapat tahu bahawa tunangannya, seorang bintang filem terkenal (Jehan Miskin), berlaku curang dengan seorang bakat lakonan baru (Marsha Londoh). Untuk menenangkan hati, Luna memgambil keputusan untuk membawa diri ke kampung halaman pembantu peribadinya, Tom (Faezah Elai) di Kedah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelbagai kisah lucu dan menarik berlaku dalam tempoh penginapan beliau di sini. Antaranya ialah beliau jatuh hati dengan kenalan sejak dari zaman kecil Tom iaitu Atan (Remy Ishak).

Salah satu babak di dalam filem berkenaan ada memaparkan rumah yang didiami oleh Luna. Rumah berkenaan luas, mempunyai rekabentuk yang moden dan dilengkapi dengan hiasan dalaman berkonsepkan minimalis.

Secara kebetulan, kami juga ada menonton iklan dari ‘Sony’ bersempena Hari Raya, ‘Raya Styla Sony bersama Zizan Razak’ yang ditayangkan pada tahun lepas.

Iklan berkenaan menggunakan konsep seorang agen hartanah yang melayan seorang bakal pembeli dengan menunjukkan persekitaran sebuah rumah. Kami merasakan rumah yang digunakan oleh pihak ‘Sony’ untuk iklan tersebut adalah rumah yang sama digunakan oleh filem ‘Cun!’.

Terdapat banyak persamaan dan kedudukan perabot juga dilihat tidak banyak berubah walaupun ianya dihasilkan pada tahun berlainan.

Siapa tahu lokasi rumah ini di mana, ya?

Jom kita lihat perbandingan screenshot di bawah untuk memastikan adakah ianya adalah benar-benar rumah yang sama.

 
Pintu Rumah

 
Perabot, Tingkap & Pintu

 
Wallpaper & Sofa Putih

 
Jom kita tonton iklan Sony & keratan filem ‘Cun!’ (babak di rumah Luna) pula!

 
Iklan Raya Styla Sony bersama Zizan Razak
http://www.youtube.com/watch?v=TpYPR7ky27w

 
Keratan Filem ‘Cun!’ (babak di rumah Luna)