Dibina antara tahun 1883 – 1885, Casa Vicens merupakan rumah pertama yang direka oleh arkitek terkenal Antoni Gaudi. Buat pengetahuan anda, Antoni Gaudi dilahirkan pada tahun 1852 dan meninggal dunia pada tahun 1926.

Semasa era zaman kegemilangan beliau, Antoni Gaudi dikagumi sebagai seorang arkitek yang terkenal dengan rekaan senibina yang sungguh medernist. Semua hasil karyanya sangatlah dikagumi dan luar biasa ketika itu. Bukan sahaja pada waktu itu, bahkan sehingga sekarang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kebanyakkan karya-karya agung Antoni Gaudi boleh dilihat di Barcelona dan salah satu daripadanya adalah bangunan Casa Vicens ini. Apa yang menarik, Casa Vincens ini dahulunya merupakan rumah peribadi miliknya dan hasil karya pertama yang diilhamkan oleh beliau sendiri.

Casa Vincens terletak di Gracia, iaitu di bahagian utara pusat bandar Barcelona. Sebelum ini, ramai pelancong yang berkunjug ke sini hanya sempat merakam foto dari bahagian luarnya sahaja. Kini, selepas 130 secara rasminya rumah ini sudah dibuka kepada umum.

Bagunan ini adalah bukti dan contoh terawal senibina Neo-Mudéjar dan merupakan salah satu daripada 8 tapak warisan dunia UNESCO di Bercelona. Berkunjung ke sini adalah satu pengalaman yang tidak wajar dilepaskan jika sudah menjejak kaki ke Barcelona.