Dalam kesibukan mencari inspirasi reka bentuk rumah, pelanggan IKEA di Slepden, Norway dikejutkan dengan sebuah pameran rumah usang. Rumah usang yang dimaksudkan itu ialah replika reka bentuk rumah penduduk di Syria. Satu kempen kesedaran yang kreatif dilakukan oleh pihak IKEA.

Idea membentuk rumah penduduk Syria untuk pameran di IKEA ini adalah hasil kerjasama persatuan bulan sabit merah Norway dan juga POL, iaitu sebuah agensi pengiklanan kreatif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Reka bentuk rumah replika itu sebenarnya adalah kepunyaan seorang wanita yang tinggal di Damsyik, Syria bernama Rana. Rana bersama 9 lagi ahli keluarganya tinggal disebuah rumah dengan hanya keluasan sebesar 25 meter persegi.

Dengan semperna itu, replika rumah ini digelar sebagai ’25 M Of Syria’.

1

“Kami terpaksa meninggalkan kawasan ini demi mencari tempat perlindungan, kami tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyewa tempat tinggal yang lebih baik. Kami juga tidak ada wang untuk membeli tilam, dan selimut ataupun pakaian untuk kanak-kanak”. Kata Rana kepada persatuan bulan sabit merah Norway.

Replika rumah ini juga turut menampilkan poster-poster dari IKEA, tetapi kali ini lebih kepada informasi tentang bagaimana kehidupan penduduk Syria, seperti kekurangan keperluan asas, makanan, minuman, pakaian dan perubatan.

Setiap pada tanda harga disertakan dengan kempen derma dimana cara ini lebih terkesan untuk pengunjung memberi sumbangan.

2

3

4

5

Ini merupakan satu contoh kempen kesedaran yang kreatif ditunjukan oleh syarikat gergasi IKEA, semoga ia boleh dijadikan inspirasi kepada kita dalam misi membantu penduduk Syria.