Shani Shingnapur, perkampungan kecil yang terletak kira-kira 300 kilo meter dari arah timur Mumbai, India ini bagi kami satu perkampungan yang cukup unik. Banyak kisah sejarah yang ada di sini, yang paling menarik perhatian adalah rumah mereka.

Agak pelik jika rumah tidak berpintu bukan? Tapi di sini, kesemua rumah di dalam perkampungan ini tidak berpintu. Meskipun begitu, mereka sedikitpun tidak risau tentang soal keselamatan terutama melibatkan kes kecurian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penduduk di sini sudah lama tidak pernah risau soal kehilangan harta benda. Mereka tidak pernah mengunci kereta atau motosikal, kedai pula ditinggalkan begitu sahaja tanpa pengawasan. Barang berharga seperti barang kemas dan wang pula tidak pernah disimpan di dalam peti besi. Memang aman sungguh, ini mungkin perkampungan paling selamat di dunia.

1

Apa yang menjadikan mereka rasa aman sebegini? Ada kisah disebaliknya. Bagi penduduk di sini, mereka percaya ada satu dewa yang digelar sebagai ‘Dewa Shani’ akan menjaga harta benda mereka, kepercayaan ini sudah wujud sejak beradab tahun yang lalu.

Boleh dikatakan dalam masa 300 ratus tahun terkini, kes kecurian yang berlaku boleh dikira dengan jari. Mereka percaya bahawa Dewa Shani akan membalas perbuatan jahat dengan azab seksaan yang amat dahsyat, baik dengan penyakit yang tidak boleh diubati atau kematian secara mengejut!.

Selain dari keunikkan kisah rumah tanpa pintu, di kampung ini juga terdapat seketul batu hitam yang dipercayai boleh mengeluarkan darah. Menurut mereka, batu inilah bermulanya kewujudan Dewa Shani.

Kisah kampung yang dikatakan ‘bebas pencuri’ ini bukan sahaja menarik perhatian dunia, malah kampung ini turut mendapat perhatian UCO Bank untuk membuka cawangan di sini. Paling mengujakan, UCO Bank tidak memerlukan sebarang alatan keselamatan atau penjaga keselamatan seperti Bank yang lain untuk beroperasi.

2

3

4

Rasanya kawasan rumah anda aman macam ini tak?

Baca juga: 8 Perkara Ini Mungkin Punca Rumah Anda ‘Dipecah Masuk’ Pencuri