Rumah teres di sudut paling tepi mempunyai lebihan tanah yang membolehkan tuan rumah menggunakannya untuk bina taman atau bangunan tambahan.

Gambar: Derek Swalwell

Bagi rumah teres dua tingkat lot tepi di Singapura ini, ia diubahsuai agar lebih banyak privasi kepada penghuninya memandangkan sesi depan dan tepi rumah menghadap jalan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Gambar: Derek Swalwell

Rumah yang mempunyai loteng ini diubahsuai oleh Hyla Architects dengan konsep ‘Lines of Light Residence’ di mana permukaan kediaman menggunakan kaca moden.

Kayu panjang dan tinggi seperti dinding digunakan agar ia mencipta lebih privasi dan dalam masa yang sama membenarkan cahaya dan pengudaraan ke dalam rumah.

Rumah ini juga bersifat mesra alam kehijauan apabila pintu kaca besar bergelungsur dibuka menghadap taman. Tambahan pula rak buku menyelesakan penghuni yang mahu menikmati bacaan dalam keadaan relaks.

Selain itu, bahagian bawah ditempatkan dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur. Manakala, tingkat atas ialah bilik-bilik tidur.

Pelan Lantai