Kalau dahulu rumah besar sering menjadi kebanggaan, tapi tidak lagi buat masyarakat alaf baru sekarang. Sejak pada hari ini, telah banyak rekaan rumah-rumah yang kecil dan sempit telah diperkenalkan dari seluruh dunia dan ianya masih menarik dilihat.

Mungkin disebabkan ruang tanah yang terhad atau tidak semua orang mampu memilikinya, perkara ini mendorong arkitek menyelesaikan masalah mereka. Orang kreatif dan bijak selalu mengambil kesempatan di atas masalah orang lain. Ya! Maksud kami idea, contohnya rumah paling kecil di Rome yang dahulunya merupakan sebuah lorong. Cool!

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Baca: Ini Adalah Rumah Paling Kecil Di Rome, Itali Yang Dahulunya Sebuah Lorong

Kumpulan arkitek Australia, OOF memperkenalkan rekaan rumah berbentuk tirus yang dibina di atas sebidang tanah segitiga di sebuah sudut jalan di Melbourne. Pada asalnya ia merupakan sebuah rumah usang, namun diperbaiki semula dengan sentuhan yang lebih kontemporari.

Hasilnya, memang sangat menarik. Rumah ini dilengkapi dengan kelengkapan asas seperi rumah yang lain. Memliki 2 bilik tidur, dapur, ruang tamu dan bilik air. Jika dilihat dari sudut luaran, anda pasti akan membayangkan reka bentuk dalaman rumah ini sempit. Namun sebenarnya ia sangat cantik dan selesa untuk didiami.

Sentuhan interior dalaman oleh Jessica Payne (JPILD) menjadikan rumah tirus ini nampak menarik dilihat dari dalam dan luar. Rumah kecil sebenarnya bukan alasan untuk anda tidak boleh hidup dengan selesa dan gembira bukan?

Jika dihipotesiskan, semakin kecil rumah, semakin senang untuk anda mengemas.

Anda Mungkin Suka