Baru-baru ini berkeliaran di media sosial sebuah gambar rumah yang dipanggil ‘rumah cendawan’ yang berdiri dengan hanya satu binaan konkrit, sejak itu, netizen tertanya-tanya adakah rumah ini betul-betul dibina.

Ia mula viral di laman Twitter apabila seorang pengguna tampil berkongsi gambar tersebut sambil bertanya dengan rasa ragu bagaimana ia berdiri dengan hanya satu binaan konkrit.

Rumah cendawan ini terletak di Jalan Prefektur Jobanki 294, Bandar Azumigawa, Kota Takashima, Prefektur Shiga 520-1211. Rumah itu dibina bersebelahan dengan sebuah kebun dan faktor mengapa pemiliknya memilih untuk membina rumah seperti ini masih menjadi misteri.

mushroom-house6

mushroom-house5

Namun, ada yang mendakwa bahawa reka bentuk pelik itu bertujuan untuk mengelak daripada membayar cukai tanah, manakala yang lain pula mengesyaki bahawa ini adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan dua tempat letak kereta dari sebidang tanah yang sangat kecil.

Tidak pasti mengapa rumah ini dibina dengan sebegitu rupa, tetapi ia adalah salah satu tarikan kerana keunikan.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Kerajaan Mesir Dikritik, Bina Lebuh Raya Dengan Jarak 50 Sentimeter Dari Balkoni Rumah

Sumber