Pokémon sebelum ini berjaya mencipta fenomena dengan Pokémon GO yang sekaligus berjaya menarik perhatian bukan sahaja daripada golongan kanak-kanak malah golongan dewasa untuk mencubanya.

Pada kali ini, Pokémon nampaknya mahu mencipta fenomena terbaru dengan melancarkan permainan terbaru yang dinamakan Pokémon Rumble Rush khusus buat telefon pintar. Seperti juga Pokémon GO, permainan ini dilancarkan secara berperingkat mengikut negara.

Pokemon_Rumble_Rush_key_art

Dari segi permainan, Pokémon Rumble Rush merupakan sebuah permainan bergenre aksi yang membolehkan pengguna mendapatkan dan mengumpul Pokémon dalam usaha untuk menjadi Pokémon master yang hebat. Lebih menarik, permainan ini turut menawarkan event dimana para pengguna berpeluang mendapatkan Pokémon yang unik.

Pokémon Rumble Rush bakal ditawarkan buat iOS dan Android secara menyeluruh tidak lama lagi. Buat peminat Pokémon pastinya ini permainan yang bakal membuatkan tidak lekang pada telefon pintar anda.