Sekiranya anda pernah menonton siri Silicon Valley, kami yakin anda cukup kenal dengan acara TechCrunch Disrupt dimana Richard Hendricks bersama pasukan memperkenalkan software Piedpiper kepada para juri.

Acara TechCrunch Disrupt ternyata memang wujud dan pada tahun ini, sebuah startup dari Malaysia iaitu RunCloud antara yang turut serta sebagai peserta pameran yang berlangsung di Berlin.

section_homepage_bg_2

Untuk pengetahuan anda, RunCloud merupakan sebuah startup dari Malaysia yang menawarkan perkhidmatan berasaskan web, panel pengurusan untuk pelayan dan server. Memfokuskan kepada cloud hosting, para pembangun web kini berpeluang untuk mengakses tetapan pelayan dengan lebih mudah dan ringkas.

Berjaya mencapai peluang emas untuk menyertai acara hebat ini, RunCloud akan berkongsi kepada anda 8 perkara yang diperlajari sepanjang berada di TechCrunch Disrupt 2017.

1. Direct Conversion VS Branding Awareness

Mendapat tempat di arena tech seperti TechCrunch bukanlah mudah dan TechCrunch sendiri mempunyai nama yang sangat gah di persada Tech Startup seluruh dunia. RunCloud terpilih diantara tiga SaaS startup sebagai exhibitor di TechCrunch Berlin pada 3 dan 4 December 2017.

Penerimaan daripada kunjungan sangatlah menggalakan daripada pelbagai negara terutamanya dari US dan negara Eropah yang membangun seperti Sweden, Jerman, Poland, dan Perancis. RunCloud hadir sebagai wakil tunggal dari Malaysia.

CEO runcloud, Arif Tukiman

Semasa pameran dijalankan, RunCloud menerima kunjungan daripada pelbagai lapisan bidang bisnes dan skill sekaligus membuatkan kami tersedar kehadiran prospek ini bukanlah bukanlah direct target customer RunCloud namun sebaliknya.

Kami bernasib baik selepas mendapat liputan temuramah daripada TechCrunch yang sekaligus disiarkan di Facebook TechCrunch yang mempunyai bilangan likers sebanyak 2.8 juta.

Temuramah ini secara tidak langsung berjaya menaikkan jenama syarikat kami ke peringkat global serta meningkatkan bilangan pengguna berdaftar sejurus selepas liputan tersebut.

2. Tempat bertemu Rakan Global

IMG_1945

TechCrunch Disrupt merupakan sebuah acara yang mengumpul startup hebat dibawah satu bumbung. Kehadiran para peserta sekaligus membuka peluang anda untuk berkenalan dengan rakan-rakan yang juga membangunkan startup.

Nasihat kami sekiranya diberikan peluang untuk menyertai acara seperti ini, pastikan anda berkenalan dengan seramai boleh. Mungkin dengan cara ini anda dapat bertemu cabang atau pintu bisnes terbaru yang boleh dijalankan. Jika tidak sekarang, mungkin nanti.

3. Tidak Terlalu Agresif Dengan Konsep hadiah percuma

IMG_1866

Ini mungkin perkara baru yang kami pelajari dimana budaya orang luar apabila menyertai exhibition seperti TechCrunch adalah mereka tidak terlalu jakun terhadap sesuatu barangan yang ditawarkan secara percuma seperti yang boleh didapati di booth-booth.

Strategi kami pada awalnya adalah dengan membekalkan t-shirt RunCloud yang ingin diberikan secara percuma kepada mereka yang singgah di booth kami sebagai branding awareness  yang dibawa oleh si pemakai.

Ternyata sangkaan kami meleset apabila mereka tidak berminat untuk mendapatkan barangan percuma jika mereka tidak berminat dengan servis yang ditawarkan.

Sangat berbeza dengan sambutan yang kami lakukan di tech event Malaysia, sambutan barang percuma amat laris dan boleh habis dalam hanya beberapa minit sahaja. Malah ada yang sanggup untuk melakukan apa sahaja syarat walaupun mereka mungkin bukanlah sasaran RunCloud.

4. Tampilkan Produk Demo Dengan Lebih Tampak Global

Kebanyakan tech startup yang kami lihat memaparkan demo yang menarik. Tambahan, penyediaan video yang lengkap berkenaan produk tersebut yang padat dengan infografik yang menarik menjadikan feel showcase terhadap penerangan produk tampak lebih standard dan menarik perhatian.

Pastikan ianya bukanlah omongan kosong dan buktikan dengan first impression pengunjung dengan outlook paparan produk yang lebih nampak standard. Itu kekurangan yang kami nampak yang perlu diperbaiki memandangkan penerangan RunCloud dalam berbentuk video belum mencapai standard.

5.AI, AR, dan VR Startup di TechCrunch

screen-shot-2017-04-28-at-11-38-47-am1

Semasa mengunjungi booth di TechCrunch Disrupt, kami dapati pelbagai syarikat yang sudahpun mengaplikasikan idea mereka dengan AI, AR, dan VR.

Contohnya yang boleh kami highlight seperti Forksy (FB Messenger Bot) iaitu Bot AI untuk diet pemakanan harian dan DISCOVR iaitu Treadmil VR yang membawakan pengalaman maya lebih dengan lebih hebat.

IMG_1916 (1)

Jika dilihat pada trend predictions daripada perkongsian Social Ogilvy, AR dilihat menjadi bakal menjadi trend dan nilai tambahan pada sesuatu bisnes pada masa akan datang.

Meskipun teknologi AR bukanlah perkara yang baru kemunculan iOS dengan ARKit dan Android dengan AR Core menunjukkan teknologi AR sedang dalam fasa yang matang.

6. Kereta MOIA dari Volkswagen Menunjukkan Fokus Sharing Economy di Jerman

IMG_2004

Menyebut tentang Volkswagen kami yakin ramai yang cukup mengenalinya. Di TechCrunch terdapat satu tim dari Volkswagen mempamerkan produk terbaru mereka iaitu MOIA. Sebuah servis perkongsian Van yang 100% dijana kuasa oleh elektrik.

Perkara ini menunjukkan bahawa Jerman melalui Volkswagen tidak lari untuk memasuki arena servis perkongsian. Jangan lupa, di Malaysia juga ada startup seakan perkongsian kereta iaitu Moovby.

7. Dahaga dan bersikap terbuka dengan kritikan

IMG_1922 (1)

Pada hari pertama pameran, kami mulakan dengan berkenalan dengan jiran booth sebelah iaitu Salesflare.com. Selepas berkongsi bisnes masing-masing, CEO syarikat tersebut secara terbuka terus memberi kritikan dan menegur terhadap maklumat yang dipaparkan di bunting RunCloud.

Katanya maklumat di bunting kami kurang jelas dan perlu dipadatkan lagi untuk lebih mudah faham dengan nada yang serius.

Berdasarkan kritikan yang diterima maka jelaslah tech startup di luar bersikap terbuka dalam memberi apa sahaja kritikan dan pendapat yang rasakan berguna. Sebenarnya tidak kurang di Malaysia juga, startup kita juga agak proaktif namun segilintir masih lagi bersifat malu untuk ketengahkan pendapat.

8. Ruangan multifaith prayer room

prayerroom

Kami tidak menyangka TechCrunch Disrupt yang dijalankan di Berlin dengan penduduk muslim minoriti masih lagi menyediakan ruangan solat yang selesa buat para pengguna.

Semoga perkongsian pengalaman kami, RunCloud di TechCrunch menjadi satu input berguna kepada semua dan buat mereka yang mahu menceburi bidang tech startup, just be cool, keep moving!

Buat pembangun web diluar sana, jika anda ada menggunakan cloud hosting, anda boleh cuba servis yang ditawarkan kami di RunCloud.