Nampaknya sebuah lagi kejayaan berjaya ditempa oleh RunCloud apabila muncul juara di dalam acara Startup World Cup edisi Malaysia. Kejayaan ini sekaligus bakal membawa pasukan ini ke Startup World Cup 2018 yang bakal berlangsung di Silicon Valley.

Untuk pengetahuan anda, RunCloud merupakan sebuah startup yang menjalankan kemudahan pengurusan pelayan dengan mudah berasaskan web. Penawaran servis penukaran panel pelayan web kepada sistem awan dalam jangka masa 15 minit serta menjimatkan 90% masa pengguna antara yang membuatkan RunCloud tampil efisien berbanding pesaing.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

IMG_20180419_171155

Meskipun syarikat ini boleh dikatakan masih baru, RunCloud kini telahpun berjaya menawarkan servis buat 6,000 pengguna dari 50 buah negara.

Berdasarkan kejayaan RunCloud, startup ini bakal bertanding di Startup World Cup 2018 pada bulan Mei ini dimana pasukan yang berjaya muncul juara bakal membawa pulang hadiah bernilai $1 juta (RM3.88 juta).

IMG_20180419_161351

Tahniah kami ucapkan buat RunCloud! Semoga lebih banyak kejayaan berjaya ditempa sekaligus dapat membawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi melalui acara melibatkan startup dan teknologi.

Baca lagi: 8 Perkara Startup RunCloud Belajar Dari TechCrunch Disrupt Berlin

Anda Mungkin Suka