Nampaknya Sony Pictures dan Marvel Studios telah mencapai satu persetujuan baharu dan bersetuju untuk menghasilkan satu lagi filem untuk Spider-Man yang akan ditayangkan pada 16 Julai 2021!

Berita ini baharu sahaja dilaporkan oleh Hollywood Reporter dan pelakon Tom Holland dan pelakon-pelakon lain akan terus memegang watak mereka. Kedua-dua studio akan menjadi producer kepada filem ini dan Kevin Feige kekal sebagai producer untuk projek akan datang.

https://twitter.com/barstoolsports/status/1177609692870270976

“Kami di Marvel Studios sangat teruja kerana Spider-Man akan terus berada dalam dunia MCU dan kami akan buat sehabis baik untuk menjayakan projek ini. Spider-man merupakan antara watak yang dapat melangkaui multi-verse. Sony akan terus mengembangkan dunia Spidey-verse dan kita tunggu dan lihat apa rancangan mereka untuk universe tersebut,” kata Kevin Feige.

Selain daripada filem ketiga ini, tidak diberitahu kepada umum sama ada Spider-Man akan terus muncul di dalam dunia MCU atau pun tidak. Kita tunggu dan lihat perkembangan lanjut daripada pihak Marvel Studios. Apa pun, selamat kembali Spider-Man!

Ini pula artikel berkaitan mengapa perjanjian antara Marvel Studios dan Sony Pictures tentang Spider-Man terbatal sebelum ini.

MCU Bakal Bergerak Tanpa Spider-Man Selepas Sony Dan Disney Tidak Lagi Bersepakat

Sony Tolak Tawaran Beli Hak Cipta Setiap Watak Marvel 20 Tahun Dahulu