Nampaknya ini adalah berita tidak baik buat peminat setia Marvel Cinematic Universe (MCU). Spider-Man dilaporkan tidak akan kembali ke dunia MCU selepas rundingan terbaru antara Marvel Studios dan Sony Pictures tidak akan diteruskan lagi.

“Buat masa ini, pintu untuk rundingan Spider-Man ditutup,” kata CEO Sony Pictures, Tony Vinciquerra kepada majalah Variety. Rundingan itu tidak akan diteruskan dan dalam kes ini, producer Kevin Feige disalahkan oleh pihak Sony Pictures kerana menggangu hubungan yang sebelum ini baik antara Disney dan Sony Pictures.

Pertelingkahan terjadi disebabkan pihak Disney dan Marvel yang mahukan keuntungan yang lebih daripada setiap filem Spider-Man akan datang. Ianya nyata menyebabkan Sony Pictures naik angin dan menamatkan kerjasama antara mereka serta merta.

“Kami menghasilkan filem yang baik dengan Kevin Feige untuk filem Spider-Man sebelum ini. Kami cuba untuk mencari jalan bagi permasalahan ini. Marvel mempunyai ramai individu yang hebat. Tetapi di Sony, kami juga mempunyai individu yang hebat,” kata Tony.

Di sini, Tony memberi gambaran yang mereka akan meneruskan franchise Spider-Man tanpa bantuan Marvel Studios. Apakah nasib Tom Holland dan pelakon Spider-Man yang lain selepas ini? Yang pasti, Marvel Studios mempunyai masalah besar untuk cari cara bagi ‘keluarkan’ Spider-Man daripada MCU. Buat masa ini, selamat tinggal Spider-Man.

Untuk anda yang terlepas, ini sebabnya mengapa berlaku pertelingkahan antara Marvel Studios dan Sony Pictures untuk watak Spider-Man

MCU Bakal Bergerak Tanpa Spider-Man Selepas Sony Dan Disney Tidak Lagi Bersepakat

Ini Kenyataan Rasmi Sony Pictures Berkenaan Isu Spider-Man

Ini Teori Peminat Cara Terbaik Untuk Spider-Man Keluar Daripada MCU

Sumber