Kejadian seterusnya ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat kita semua terutama mereka yang sering menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan lebih-lebih lagi di musim PKP ini.

Menurut perkongsian yang dibuat @HassrayMohamad di Twitter itu beliau menceritakan bagaiamana rakannya ditahan pihak polis ketika membuat penghantaran donut.

Beberapa minggu lalu, penghantar makanan atau runner mula menjadi tumpuan selepas terdapat beberapa individu didakwa membawa bahan terlarang ketika melakukan penghantaran makanan.

Bagaimanapun dalam kes ini, rakan beliau tidak membawa bahan terlarang tetapi bungkusan donut gula yang disertakan bersama itu menimbulkan kecurigaan kepada pihak berkuasa.

Sekali pandang dan jika tiada donat di sebelahnya, kita mungkin menganggap bungkusan tersebut bukanlah gula tetapi lebih kelihatan seperti sejenis bahan terlarang.

cvvv

Gara-gara bungkusan itu juga menurut Ray, pihak berkuasa dikatakan terpaksa melakukan pemeriksaan lanjut terhadap kandungan bungkusan yang dibawa rakan kepada rakannya itu.

Berikut adalah perkongsian yang menceritakan bagaiamana rakanyya itu diperiksa hanya kerana gula donat yang dibungkus secara asing itu.

bn

Jadi kepada anda yang ingin membuat pesanan donut atau kuih bergula selepas ini, lebih baik jika anda mengelakkan untuk memesan gula asing untuk tidak menyusahkan runner anda ketika melalui sekatan jalan raya.

Lagipun, donat sebenarnya lebih enak dimakan jika ia disaluti dengan gula atau topping ketika baru dimasak dan siapa tahu jika mereka tidak ditahan di sekatan jalan raya mungkin pesanan anda akan sampai dengan lebih cepat!

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Sebelum ini tular kes seorang penghantar makanan didakwa membawa rokok seludupĀ  ketika PKP sehingga polis terpaksa melakukan spot check kepada sebahagian besar runner yang melalui sekatan jalan raya. Klik pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.

Tular Video Jual Rokok Seludup, Pihak Berkuasa Mula Buat ‘Spot Check’ Beg Penghantar Makanan

Diberi Upah Serendah RM4.10 Oleh Datin, Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan Buat Para ‘Runner’

CEO Syarikat Penerbangan Turun Padang Jadi ‘Runner’ Hantar Makanan Kepada Pelanggan