Nota Editor: Perkongsian Syahril A. Kadir di Facebook wall beliau. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis khas buat para peminat filem Dilwale.

KALAU korang nak tahu siapa penyanyi latar filem DILWALE yang tengah meletup-letup kat radio sekarang ini, inilah dia aku perkenalkan Arijit Singh dan Antara Mitra. Shahrukh Khan guna suara Arijit manakala Kajol guna suara Antara.

dilwale-2

Walaupun pada mulanya, ramai yang meragui kemampuan dua penyanyi muda ini menyanyikan lagu latar filem Hindi, seperti mana penyanyi legend Udit Narayan dan Alka Yagnik yang terkenal dengan lagu Kuch Kuch Hota Hai, Aab Laut Chalen etc, tetapi Arijit dan Antara berjaya menutup mulut pengkritik dengan membawa lagu-lagu seperti Janam Janam dan Gerua dengan cemerlang!

Arijit yang terkenal dengan imej selekeh dan berjambang ini baru berusia 29 tahun tetapi sekarang sedang mencipta fenomena di India dengan pendapatan lebih US5 juta dollar setahun!

Tonton: Apabila Janam Janam OST Dilwale Ditukar Menjadi ‘Jangan Jangan’

dilwale-3

Manakala Antara pula adalah bekas pelajar perubatan yang meninggalkan pengajiannya di universiti untuk menyertai pertandingan realiti di India dan kini menjadi rebutan para produser filem Bollywood.

Yang pasti penggunaan penyanyi latar untuk filem ini mengingatkan aku pada penyanyi latar filem-filem Jalan Ampas seperti Jasni, Ahmad CB, Julia, Kasban etc. Tapi biasalah…penyanyi latar ni tak ramai kenal, yang orang kenal Nordin Ahmad, Rosyatimah, M.Amin dll.

Nasib baik Awie guna suara sendiri dalam Sembilu, kalau dia guna suara Salleh Yaakob camnalah agaknya.

Baca: Dilwale:
Kisah Percintaan Pasangan Pertengahan Umur

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram