Sebelum ini, Aeril Zafrel berkongsi video memaparkan dirinya bersama keluarga dan juga rakan-rakan sedang menikmati hidangan stik di restoran mewah milik tukang masak terkenal, Salt Bae ketika bercuti di London, United Kingdom.

Menurut laporan, Aeril Zafrel mengatakan bahawa tindakanya menikmati juadah berharga £1,791.70 (RM10,065) di restoran milik Salt Bae bukanlah suatu pembaziran dan ianya berbaloi dengan bayaran kerana rasanya yang sedap ditambah dengan momen manis dihidangkan oleh Salt Bae.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Aeril, bayaran untuk Salt Bae memotong daging dan aksinya menabur garam juga dikenakan bayaran iaitu bernilai RM1,000. Pengalaman tersebut tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

“Jika terlalu berkira-kira nak bercuti, baik tak payah bercuti. Saya tak rasa ia membazir kerana dah alang-alang di sana, rugi kalau tak menikmati masakan cef seperti Salt Bae.

“Sama juga kalau berada di Turki, saya tetap akan pergi menikmati stik di restoran Salt Bae yang ada di situ. Saya pun bukan guna duit sendiri, kongsi dengan kawan-kawan,” kata Aeril

Tambahnya, caj yang dikenakan sebenarnya berpatutan tetapi menjadi mahal apabila nilainya ditukar kepada ringgit Malaysia serta berbaloi dengan harga sebab sedap.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Festival Rumah Hantu ‘Nights of Fright 8’ Sah Bakal Kembali Menghantui Anda Oktober Ini

Seperti Dalam Filem Avatar, Putrajaya Secret Garden Bakal Dibuka Kepada Pengunjung