Khutbah Jumaat di surau University of Manchester hari ini bertemakan hijrah, disampaikan oleh seorang Imam yang berasal dari Pakistan, tetapi telah lama menjadi warganegara United Kingdom (British).

Banyak mesej-mesej yang disampaikan oleh beliau mengenai hijrah, tetapi yang paling menarik apabila beliau sebut nama Malaysia berulang kali sewaktu khutbah. Bayangkan sepanjang 7 tahun saya tinggal di UK, tak pernah lagi dengar khatib sebut nama Malaysia dalam khutbah Jumaat. Hilang terus mengantuk dan mata terus jadi segar bugar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam khutbah tersebut, beliau menceritakan behaviour/karakter/akhlak orang Malaysia dan Indonesia adalah yang paling baik di dunia. Setiap kali beliau pergi ke Mekah untuk menunaikan haji/umrah, beliau sangat kagum bila berjumpa dengan orang dari Malaysia & Indonesia.

Akhlak dan kelakuan orang Malaysia/ Indonesia sangat baik, tidak seperti jemaah dari negara lain yang kasar, suka berebut-rebut dan tolak menolak terutamanya sewaktu tawaf.

Setiap kali beliau naik teksi di Mekah, beliau akan tanya pemandu teksi, “Rakyat negara manakah /jemaah manakah yang paling baik? Jawapan yang diterima, pastinya Malaysia & Indonesia.

Kembang pulak hidung bila khatib puji Malaysia banyak kali dalam khutbah. Beliau cakap akhlak orang Malaysia/ Indonesia sangat baik berbanding negara lain disebabkan oleh sejarah kedatangan Islam di Tanah Melayu/ Nusantara.

Ada banyak teori bagaimana Islam sampai ke Tanah Melayu/ Nusantara. Salah satunya adalah melalui pedagang-pedagang dari Tanah Arab, Parsi dan India. Penduduk di Tanah Melayu tertarik kepada Islam disebabkan oleh akhlak mulia yang ditunjukkan oleh para pedagang Islam, di samping dakwah yang disampaikan oleh para pedagang.

Disebabkan akhlak yang baik ini, penduduk Tanah Melayu & Nusantara memeluk Islam. Dan mereka terus mengekalkan akhlak yang baik ini sehingga sekarang. Itulah teori yang disampaikan oleh khatib yang mengaitkan akhlak baik yang ditunjukkan oleh orang Malaysia & Indonesia., adalah disebabkan oleh sejarah kedatangan Islam di negara mereka.

Bila mengenangkan pengalaman saya sendiri, setiap kali berjumpa dengan orang Islam di UK, sama ada orang Arab, Pakistani, Bangladeshi, bila sebut je, “I’m from Malaysia”. They will always response :

“Very good people.”
“The nicest people in the world.”
“The best muslim country in the world.”
“Your leader, Mahathir Mohamad is a very great leader” . Saya selalu tersenyum bila diorang sebut Dr Mahathir, padahal dah lama beliau pencen, hehe.

Baru-baru ini saya ke Amerika Syarikat (US). Bila berjumpa dengan orang Islam di sana, mereka pun beri respon yang sama,“Malaysian people are very nice”. Saya masih teringat, sewaktu di Washington DC, saya ada bersembang dengan seorang pemandu teksi. Beliau berasal dari Bangladesh tetapi sudah menjadi warganegara US.

Bila saya cakap dari Malaysia, terus dia puji macam-macam. Dia siap cakap, “I know there are many Bangladesh people in Malaysia. They love Malaysia because Malaysian people are very nice”. Most of them want to stay in Malaysia forever. Hahaha, waktu ni gelak dalam hati je lah. Patutlah makin ramai orang Bangladesh di Malaysia, rupanya diorang siap promosi Malaysia di negara diorang. Hehehe.

Malah kawan-kawan PhD saya yang kebanyakannya dari negara Arab pun selalu puji orang Malaysia. Orang Malaysia ni baik, rajin, lemah lembut, suka tolong orang, pembersih.

Di Manchester ni, kebanyakan landlord (tuan rumah yang sewakan rumah) suka mencari penyewa/ tenants di kalangan pelajar Malaysia, berbanding mat saleh atau orang Arab/ Pakistan/ Bangladesh. Sebab pelajar Malaysia pembersih, pandai kemas rumah. Kalau bagi sewa pada orang lain, nanti rumah bersepah dan tungang langgang.

Begitulah persepsi orang luar pada Malaysia. Semuanya indah dan baik belaka. Akhlak yang baik ini sudah pasti datangnya dari hasil didikan ibu bapa dan guru-guru.

malaysia-di-luar-3

Namun, kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan berita-berita sedih yang menggambarkan kerosakan akhlak di Malaysia.

Kisah seorang ayah yang merogol dan meliwat anak sendiri beratus kali.
Kisah sekumpulan remaja yang positif dadah dan membakar sekolah tahfiz.
Kisah seorang remaja perempuan dirogol bergilir-gilir oleh 7 remaja lelaki.

Di manakah lompongnya?

Adakah ibu bapa tidak memainkan peranan yang sepatutnya?
Adakah pengaruh rakan sebaya yang merosakkan?
Adakah masyarakat tidak memainkan peranan?

Pada pandangan saya, kita perlu sama-sama berperanan secara kolektif untuk membaik pulih lompong kerosakan generasi sekarang dengan melakukan dakwah. Dakwah bukanlah sekadar menyampaikan ilmu-ilmu Islam melalui ceramah/ kuliah semata-mata, tetapi skop dakwah itu lebih luas, iaitu mengajak manusia menjadi lebih baik dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat.

Sekiranya nampak mana-mana individu / remaja yang melakukan kesilapan, kita perlu bertanggungjawab menegur mereka dengan cara baik atau cuba membimbing mereka. Dakwah ini perlu dilakukan secara qauliyah (perkataan dengan mengajak kepada kebaikan, menegur kesalahan, mencegah kemungkaran) dan fi’liyah (perbuatan, melalui akhlak yang baik).

Datuk nenek moyang kita dahulu menerima Islam disebabkan dakwah qauliyah dan fiqliyah yang dilakukan oleh pendakwah & pedagang Islam dari tanah Arab, Parsi dan India. Akhlak yang baik sudah sebati dengan negara Malaysia, jadi kita harus mengekalkannya supaya nama Malaysia kekal harum dan mekar di seantero dunia.