Akhirnya penantian penyanyi Datuk Aishah selama 5 tahun berakhir apabila isu tuntutan tanah lot banglo terbabit dikhabarkan telah selesai selepas kes berkenaan di bawa ke mahkamah dan menang tuntutan hadiah.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Aishah pernah meluahkan rasa kesal kerana belum menerima sebidang tanah lot banglo seperti yang dijanjikan ketika menjadi juara program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4) pada 2017.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Pada awalnya, dia enggan membawa kes berkenaan ke mahkamah tetapi disebabkan tidak menerima hadiah seperti dijanjikan membuatkan Aishah terpaksa berbuat demikian untuk menuntut haknya.

“Saya buat semua ini supaya bakal-bakal penaja tunaikan apa dijanjikan. Salah satu yang kita ralat adalah defendan ketiga adalah seorang yang muflis daripada tahun 2018.” ujar Aishah.

Difahamkan, pihak penaja hadiah tersebut tampil dengan satu dokumen tawaran penyelesaian dan dipersetujui oleh Aishah sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat bayaran yang perlu diselesaikan serta beberapa tindakan perlu dilakukan oleh pihak penaja.