Anda mesti tahu bahawa dunia sedang menghadapi krisis masalah sisa sampah. Realiti ini lebih keras digambarkan dalam beberapa keping foto yang menunjukkan betapa dunia yang sedang kita tinggal sedang dalam kesakitan. Sampah hampir menutup laut, sungai mahupun jalan.

Terbaharu, di Thailand, ditemui tujuh kilogram sampah di dalam perut rusa liar yang mati di tengah-tengah hutan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dead-deer-found-in-thailand-with-7kg-of-plastic-in-stomach-AFP-800×500

Pihak penguasa Thailand melaporkan bahawa rusa terbabit meninggal dunia disebabkan plastik yang ditelah rusa tersebut telah menyekat sistem pencernaannya, lapor BBC.

Kriangsak Thanompun, pengarah di Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tanaman berkata, beliau percaya bahawa rusa tersebut telah memakan plastik untuk masa yang lama sebelum dia meninggal dunia.

Antara sampah yang terdapat di perut rusa jantan berusia 10 tahun itu ialah sarung tangan getah, tuala kecil, beg sampah, paket mi segera, dan seluar dalam.

Rusa itu ditemui mati oleh seorang pegawai rondaan di Taman Negara Khun Sathan di daerah utara Na Noi, 630 kilometer dari Bangkok.

_109905802_deer3

Menurut Greenpeace, Thailand adalah salah satu daripada pengguna terbesar beg plastik di dunia, dengan sekitar 75 bilion keping beg plastik dilupuskan setiap tahun.

Adalah dianggarkan bahawa setiap orang di Thailand, secara purata, menggunakan 3,000 beg plastik untuk kegunaan dalam setahun.

Negara itu menduduki tempat keenam sebagai negara yang banyak membuang plastik ke laut, menurut satu kajian oleh Pusat Perisikan Ekonomi Siam Commercial Bank.

Berikut adalah cerita lain mengenai sampah yang pernah kami tulis. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lelaki Ini Kecewa Hutan Di Gombak Jadi Tempat Pelupusan Haram Sampah Dan Beg Foodpanda

Pengasas ‘The Ocean Cleanup’ Terkejut Dengan Sampah Yang Ditemui Di Perairan Malaysia

Sumber