Ini berita baik buat anda di luar sana yang gemar menonton siri filem Rush Hour yang menggandingkan dua pelakon hebat iaitu Jackie Chan dan Chris Tucker. Nampaknya filem Rush Hour 4 seakan sah akan menemui anda tidak lama lagi apabila Chris Tucker berkongsi gambar beliau dan Jackie Chan menunjukkan isyarat nombor 4.

Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa pembikinan filem itu akan dilakukan pada tahun ini setelah 12 tahun filem Rush Hour 3 ditayangkan. Untuk pengetahuan anda, filem pertama daripada franchise ini ditayangkan pada tahun 1998.

Wala ubagaimanapun, maklumat lanjut mengenai filem tersebut masih belum diketahui. Adakah anda sudah bersedia untuk melihat gelagat detektif Lee dan detektif James Carter dalam filem terbaharu mereka?