Misteri jatuhnya pesawat Malaysia Airlines MH17 yang mengorbankan semua penumpang memasuki satu episod baharu apabila satu teori menunjukkan bahawa pejabat tertinggi Rusia mengarahkan pasukan pemberontak Ukraine agar menembak jatuh pesawat komersial tersebut.

Para penyelidik menyatakan bahawa wujud hubungan di antara pembantu Presiden Rusia, Vladimir Putin dengan pemimpin pemberontak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
colin-mh17-5
NST

Biarpun rakaman telefon tersebut tidak menyebut MH17, namun pasukan penyelidik yang bertapak di Belanda telah menemui petunjuk bahawa wujud hubungan dua hala diantara pemimpin Rusia dan juga pihak pemberontak.

Mereka juga yakin bahawa Moscow mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut.

Dunia yang penuh ‘berita palsu’

Kejadian yang mengorbankan hampir 298 itu berlaku pada 17 Julai 2014 dan Kementerian Luar Rusia membantah teori baharu tersebut di mana mereka menyatakan bahawa terdapat cubaan untuk memanipulasi kejadian tersebut agar semua pihak menunding jari kepada Rusia.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova memberitahu pemberita di Moscow, dunia telah dibanjiri dengan “berita palsu”, menjadikannya penting untuk menguji kesahihan rakaman sedemikian.

_108637694_ukraine_malaysia_plane_640-nc
BBC

Bagaimanapun, pasukan penyiasat berkata “tanda-tanda hubungan rapat antara pemimpin DPR dan pegawai kerajaan Rusia menimbulkan persoalan tentang kemungkinan penglibatan mereka dalam penggunaan [peluru berpandu], yang menjatuhkan pesawat MH17 pada 17 Julai 2014.”

Kedua-dua – pemberontak dan Moscow – berulang kali menafikan sebarang penglibatan mereka dalam insiden melibatkan MH17.

Rusia juga menafikan tuduhan Barat bahawa ia menghantar tentera darat, senjata dan membiaya pemberontak di timur Ukraine.

6291337
Knack.be

Pasukan penyiasat yang diketuai Belanda sebelum ini menamakan Rusia – Sergey Dubinsky, Oleg Pulatov dan Igor Girkin, manakala Ukraine – Leonid Kharchenko sebagai suspek insiden MH17

Keempat-empat suspek akan menjalani perbicaraan tanpa hadir di mahkamah Belanda pada 9 Mac tahun depan.

Pasukan penyiasatan mengatakan defendan Mr Dubinsky adalah ketua agensi perisikan tentera pemberontak, sementara Pulatov mengetuai jabatan kedua agensi itu.

_108637694_ukraine_malaysia_plane_640-nc
BBC

Penyiasatan kes ini berlangsung dan sudah memakan masa hampir lima tahun.

Sebelum ini para penyiasat memberi bukti bahawa roket yang digunakan untuk menembak jatuh MH17 adalah milik Rusia.

Berikut adalah cerita lain mengenai MH17 yang perlu anda tahu. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Kisah Getir ‘The Dozen Person’ Dalam Misi Mendapatkan Bahan Bukti MH17 Di Ukraine

Kapal Terbang MH17 Ditembak Jatuh Oleh Pesawat Askar Russia

Ngeri MH17 Masih Di Udara Sewaktu Kokpit Terpisah Daripada Kapal Terbang